17 SEPT : Kyrgyzstan mengisytiharkan darurat di Batken, wilayah yang bersempadan dengan Tajikistan, susulan pertempuran yang meletus di kawasan itu,susulan pertempuran dilaporkan bermula di beberapa kawasan dekat sempadan berkenaan pada pagi Jumaat.
Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dalam pertempuran itu, menurut Kementerian Kesihatan Kyrgyzstan.
Keputusan yang dibuat pada lewat Jumaat itu bertujuan memastikan keselamatan rakyat, memudahkan proses pemindahan dan penempatan semula penduduk, mengelak lebih ramai menjadi korban dan menggerakkan pasukan keselamatan, menurut kenyataan kementerian yang bertanggungjawab dalam hal ehwal darurat.
Ketegangan di wilayah berkenaan dikatakan berpunca daripada pertikaian sempadan selain isu pengairan pertanian dan kawasan ragut untuk ternakan serta penyeludupan dan menyeberang sempadan secara haram.