19 SEPT : Kes jangkitan baharu COVID-19 dalam negara meningkat sedikit kepada 1,639 kes berbanding 1,572 yang direkodkan pada hari sebelumnya.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW,
kes aktif COVID-19 dalam negara kini 25,611 dan 95.3 peratus atau 24,404 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Manakala sebanyak 1,143 kes dirawat di hospital dengan 39 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, empat kes kematian dicatat semalam dan satu daripadanya berlaku di luar fasiliti kesihatan, (BID).