nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jika kerajaan gagal, MPN juga gagal sebagai penasihat kerajaan

19 SEPT : Jika kerajaan dikatakan gagal menguruskan ekonomi dan negara, ia bermakna Majlis Pemulihan Ekonomi Negara (MPN) yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga gagal apabila ditugaskan menjadi penasihat kepada kerajaan, demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, semua pihak termasuk Muhyiddin bertanggungjawab ke atas pentadbiran kerajaan termasuk perkara melibatkan ekonomi dan negara.

“Dari segi ekonomi Mustapa Mohamed ada mengurus ekonomi dan kita ada Majlis Pemulihan Ekonomi Negara yang dipengerusikan Muhyiddin sendiri.

“Majlis (MPN) pun menasihatkan kerajaan jadi tanggungjawab itu adalah tanggungjawab bersama. Kalau gagal maknanya semua gagal. Semua gagal termasuk Majlis Pemulihan Ekonomi juga gagal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pelancaran Dasar Tenaga Negara di hotel Marriot Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata, beliau belum membaca secara penuh kenyataan Muhyiddin apa sebenar yang ingin disampaikan bekas perdana menteri itu.

Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) sebelum ini menyarankan Ismail membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), jika gagal menguruskan ekonomi dan negara dengan baik.

Sementara itu, ketika mengulas tentang PRU15, Ismail Sabri berkata perkara itu mungkin akan dibawa ke mesyuarat Kabinet Rabu ini terlebih dulu, sebelum ia dibincangkan di peringkat ‘Top Five Umno’ sebelum beliau berlepas ke New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) di Amerika Syarikat pada 21 Sept depan.

“Saya akan bawa dalam Kabinet juga. Apa yang disebutkan oleh semua pihak. Kalau Muhyiddin kata nak PRU15 cepat, tidak kira sebab kita akan bincang dalam Kabinet kerana ada wakil dalam Kabinet. Ada wakil Bersatu, GPS, PAS dan Umno,

“Secepat mungkin (akan bincang dalam Kabinet), mungkin lebih mendahului daripada Top Five Umno. Hari Rabu ini akan ada mesyuarat Kabinet sebelum berlepas ke UNGA,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ismail berkata beliau akan bertemu dengan Top Five Umno pada 30 Sept depan sebelum mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno di sebelah malam.

“Saya belum dapat lagi tarikh tapi tarikh untuk MKT sudah ada iaitu 30 September depan. Mungkin petang itu kita akan bincang,” katanya.

Ditanya sama ada, sesuai PRU diadakan ketika musim banjir, Ismail secara berseloroh berkata perkara itu perlu ditanya kepada rakyat sama ada bersetuju atau tidak.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.