nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penjara 10 tahun jika ‘like’ kandungan penentang di media sosial

20 SEPT : Orang awam di Myanmar diberi amaran supaya tidak menunjukkan sokongan moral kepada kumpulan penentang yang dipanggilnya ‘pengganas’, dengan mengancam untuk mengenakan hukuman penjara hingga 10 tahun semata-mata kerana ‘like’ atau kongsikan kandungan berkait gerakan itu dalam media sosial.

Pergolakan yang diburukkan lagi dengan insiden keganasan terus berlarutan di Myanmar sejak tentera melancarkan rampasan kuasa, tahun lalu, membabitkan pertempuran antara pasukan tentera dengan pejuang yang meliputi kumpulan prodemokrasi.

Menteri Penerangan dan jurucakap junta, Zaw Min Tun, mendakwa golongan berkenaan sedang mengumpul dana untuk membunuh orang tidak bersalah dengan tujuan menggugat kestabilan Myanmar, justeru sokongan kepada mereka akan ditangani secara keras.

Beliau menegaskan, sebarang sokongan menerusi media sosial kepada Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) atau sekutu bersenjata Pasukan Pertahanan Rakyat (PDF), boleh dihukum penjara antara tiga hingga 10 tahun, malah hukuman lebih berat menanti mereka yang menyumbang wang walaupun hanya sedikit.

“Jika anda menyumbangkan wang atau menyokong ‘pengganas’ dan tindakan mereka, anda akan berdepan hukuman lebih keras. Kami melakukan ini untuk melindungi orang awam yang tidak bersalah,” katanya pada taklimat media yang disiarkan stesen televisyen.

Pada taklimat itu, turut dibentangkan perincian hukuman ke atas mereka yang dikesan membantu kumpulan penentang.

Sejak tercetus kemelut rampasan kuasa, kumpulan penentang menggunakan platform media sosial untuk menyebarkan mesej perjuangan mereka secara lebih meluas, dengan ‘wartawan rakyat’ sering kongsikan imej protes dan paparan yang didakwa tindakan kejam pihak tentera.

Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilaporkan menuduh junta terbabit pembunuhan beramai-ramai serta jenayah kemanusiaan dalam siri tindakan keras terhadap kumpulan penentang yang turut menyaksikan ribuan orang ditahan dan ramai dipenjarakan.

Baru-baru ini, junta dilapor melaksanakan hukuman mati ke atas empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu serangan oleh kumpulan pejuang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.