21 SEPT : Sejumlah 36 kawasan titik panas di ibu kota yang berisiko banjir telah dikenal pasti oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS)
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, lokasi-lokasi yang dimaklumkan JPS berisiko dilanda banjir ialah kawasan Pusat Dagangan Dunia (WTC), Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Jalan Ipoh, dan Kampung Kassipilay.
Lokasi lain pula ialah Jalan Kuching, Jalan Tun Razak (Wisma Bernama), Jalan Pekeliling, Kampung Puah, Jalan Kolam Air, Bulatan Dato Onn, Bulatan Pahang, Kampung Chubadak, Pekan Salak Selatan, Chan Sow Lin dan Jalan Pahang.
Selain itu, antara lokasi lain yang berisiko banjir ialah Jalan Segambut, Segambut Bahagian, Jalan Pudu, Jalan Ampang, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Cheras, Razak Mansion, Jalan Pudu, Universiti Malaya (UM) dan Masjid Jamek.
Kawasan yang dijangka akan turut dinaiki air ialah di Jalan Duta, Pantai Dalam, Jalan Dang Wangi, stesen Transit Aliran Ringan LRT Sungai Besi, Tol Kesas, Jalan Maarof, Jalan Kia Peng, stesen LRT Bangsar, Jalan Travers, Kepong Baru.