21 SEPT : Negeri Kedah dan Pulau Pinang diramalkan dilanda ribut petir dan hujan lebat sehingga 10 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di Facebook rasminya hari ini mengeluarkan amaran tersebut.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kedah diramalkan turut melibatkan kawasan Kuala Muda.
Katanya, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.