21 SEPT : Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus kekal di bawah paras 2,000 di mana sebanyak 1,667 kes direkodkan semalam, sedikit meningkat berbanding 1,307 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, kes aktif COVID-19 dalam negara kini 24,715 dan 95.4 peratus atau 23,577 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 1,079 kes dirawat di hospital dengan 37 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak tujuh kes kematian pula telah dicatat semalam dan dua daripadanya berlaku di luar fasiliti kesihatan, (BID).