21 SEPT : Sekurang-kurang dua maut di Manzanillo, Mexico, manakala 10 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi kuat yang melanda negara itu semalam.
Pihak berkuasa memaklumkan, seorang daripada mangsa maut akibat dihempap runtuhan premis, manakala seorang lagi ditemui mati di sebuah pasar raya.
Ketua agensi perlindungan awam Mexico, Laura Velazquez, semalam memaklumkan lebih 200 bangunan turut mengalami kerosakan termasuk beberapa hospital di Michoacan berhampiran pusat gempa.
Rakaman video dikongsikan dalam media sosial, menunjukkan bumbung pasar raya itu runtuh dan menimpa tingkat atas membabitkan sebuah gimnasium, dengan orang ramai menjerit meminta pertolongan.
Gempa bumi berukuran 7.6 magnitud itu melanda bahagian barat Mexico, dengan kebanyakan kemusnahan berlaku di Colima dan Michoacan.