21 SEPT : Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen seliter, daripada RM4.15 kepada RM4.05 seliter. manakala harga diesel dan petrol RON95 tidak berubah bagi tempoh 22 sehingga 28 September ini.
Kementerian Kewangan (MOF) menerusi satu kenyataan hari ini berkata, harga siling bagi RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.
“Walaupun harga pasaran sebenar kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling semasa bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak sebenar di pasaran global.
“Harga baharu itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM),” kata kenyataan itu.
Kerajaan menurut MOF akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.