nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agong yakin kerjasama ekonomi Malaysia-Brunei dapat diperkukuhkan

22 SEPT : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan keyakinan bahawa aliran perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Brunei boleh diperkukuhkan lagi dan banyak lagi kerjasama ekonomi dapat diterokai demi kepentingan bersama.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Dato’ Seri Ahmad Fadil bin Shamsuddin berkata, Baginda menzahirkan keyakinan tersebut dalam pertemuan empat mata  bersama Sultan Brunei Darussalam Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah di Istana Brunei, London, United Kingdom semalam.

“Kedua-dua pemimpin menyentuh berkenaan hubungan dua hala istimewa yang erat terjalin sekian lama dan usaha-usaha pengukuhan hubungan antara Malaysia dan Brunei.

“Dalam pertemuan itu,  Baginda turut menzahirkan komitmen Malaysia untuk mencapai hubungan dua hala yang lebih mendalam dalam bidang ekonomi dan dagangan, termasuk bidang pendidikan dan pertahanan serta kerjasama ekonomi di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Istana Negara hari ini.

Seri Paduka Baginda berpendapat bahawa program Konsultasi Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei merupakan landasan penting bagi menjayakan usaha-usaha pengukuhan hubungan dua hala.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan bahawa Malaysia mengalu-alukan keputusan kerajaan Brunei berkenaan pembukaan sepenuhnya sempadan bermula pada 1 Ogos lalu. Ianya memanfaatkan pergerakan rakyat kedua-dua negara, khususnya di Sarawak dan Sabah, dan aktiviti-aktiviti ekonomi  di sempadan kedua-dua negara.

Kali terakhir kedua-dua pemimpin melakukan pertemuan empat mata ialah semasa Lawatan Negara Seri Paduka Baginda dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke Brunei pada bulan Ogos, 2019.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dijadualkan mengakhiri Lawatan Khas selama enam hari ke London dan berangkat pulang ke tanah air semalam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.