nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ahli Perniagaan Malaysia ‘Fat Leonard’ ditahan di Venezuela

22 SEPT : Ahli perniagaan warga Malaysia, Leonard Glenn Francis atau dikenali sebagai ‘Fat Leonard’ yang melarikan diri daripada tahanan rumah di San Diego, awal bulan ini, ditahan di Venezuela pagi semalam ketika cuba menaiki pesawat di lapangan terbang antarabangsa Caracas.

Pegawai kanan Polis Antarabangsa (INTERPOL) di Venezuela memaklumkan, Francis yang berasal dari Pulau Pinang sedang dalam perjalanan menuju ke Russia selepas melalui Mexico dan Cuba, sebelum ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Simón Bolívar di ibu negara Venezuela.

Timbalan Penyelia Marsyal AS, Omar Castillo, berkata penahanan itu dibuat selepas Interpol mengeluarkan notis merah, iaitu permohonan oleh pihak berkuasa untuk mengesan dan menahan seseorang.

Setakat ini, Francis akan terus ditahan di Venezuela sementara menunggu pihak berkuasa AS melakukan proses ekstradisi.

Francis melarikan diri daripada tahanan rumah pada 4 September lalu selepas memotong gelang peranti pemantauannya, sebelum menjadi sasaran buruan pihak berkuasa antarabangsa sejak itu.

Sebelum ini, Perkhidmatan Siasatan Jenayah Tentera Laut AS menawarkan hadiah AS$40,000 (RM183,000) untuk maklumat yang membawa kepada penangkapannya.

Selama lebih 10 tahun, Francis mendalangi pelbagai skim rasuah, di mana pegawai Tentera Laut AS diberi hadiah, wang tunai dan seks, apabila mereka membantu perniagaan perkhidmatan perkapalan Francis, yang mengawal pelabuhan di seluruh Asia Tenggara.

Skim itu merompak sekurang-kurangnya AS$35 juta (RM160 juta) wang pembayar cukai dan membawa kepada sabitan hampir 36 pegawai tentera laut AS.

Francis membuat perjanjian rayuan dengan bersetuju menyerahkan AS$35 juta itu kepada kerajaan AS. Dia membayar AS$5 juta beberapa tahun lalu, sebelum melarikan diri dan masih berhutang AS$30 juta kepada kerajaan.

Sebelum ini, Francis ditahan di sebuah hotel di San Diego dalam satu serbuan pihak berkuasa persekutuan pada 2013. Selepas membuat pengakuan bersalah dan berdepan beberapa masalah kesihatan termasuk kanser buah pinggang, Francis dibebaskan atas faktor kesihatan dan dikenakan tahanan rumah sejak 2018.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.