22 SEPT : Kes baharu jangkitan COVID-19 mencatat sedikit peningkatan kepada 2,111 kes hari ini berbanding 1,667 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.
Data KKM di portal COVIDNOW merekodkan, kes aktif COVID-19 dalam negara kini 25,327 dengan 24,169 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Sebanyak tujuh kes kematian dicatat semalam.Satu daripadanya berlaku di luar fasiliti kesihatan atau brought in dead (BID).
Dilaporkan 1,101 kes dirawat di hospital dengan 37 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.