23 SEPT : Jepun akan membuka semula pintunya kepada pelancong asing yang telah divaksin, selepas lebih dua tahun sempadan ditutup akibat pandemik Covid.
Pelancong akan dapat melawat negara ini tanpa visa, dan tidak lagi perlu melalui agensi pelancongan, mulai 11 Oktober manakala had pada ketibaan harian juga akan ditarik balik.
Bagaimanapun, pelancong asing masih perlu membuktikan status vaksinasi mereka tdan mengemukakan keputusan ujian Covid negatif untuk masuk ke negara tersebut.
Kemasukan pelancong yang dijangka akan menjadi rangsangan ekonomi kepada kerajaan dan perniagaan tempatan ketika yen Jepun sedang merosot ke titik paling perlahan berbanding dolar AS dalam tempoh enam bulan.
“Jepun akan melonggarkan langkah-langkah kawalan sempadan setanding dengan Amerika Syarikat,” kata Perdana Menteri Fumio Kishida.
Encik Kishida juga mengumumkan skim insentif perjalanan domestik yang akan memberikan diskaun bagi perjalanan, harga taman tema, acara sukan dan konsert.
Program yang serupa telah diperkenalkan di pembukaan semula negara lain untuk menggalakkan penduduk tempatan berbelanja dan merangsang ekonomi. Walau bagaimanapun, seperti di tempat lain, kenaikan kos sara hidup telah menjadi kebimbangan utama bagi penduduk tempatan.
Ekonomi ketiga terbesar di dunia itu merupakan antara kuasa besar Asia terakhir yang menutup sempadannya kerana masalah kesihatan Covid.
Jepun juga tidak pernah mewajibkan perintah berkurung atau pemakaian pelitup muka. Jepun menyaksikan hampir 32 juta warga asing melawat negara itu pada 2019, sebelum pandemik COVID-19 melanda dunia pada bulan November tahun yang sama.