23 SEPT : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan mahkamah hari ini menjadi penguat semangat untuk beliau terus memperjuangkan segenap kebenaran yang perlu diangkat walau apa cabaran mendatang.
Ahmad Zahid menzahirkan rasa syukur apabila mahkamah pagi tadi membuat keputusan melelas dan membebaskan beliau daripada 40 tuduhan rasuah.
“Syukur ke hadrat Ilahi di atas keputusan mahkamah membebaskan dan melepaskan saya daripada 40 pertuduhan yang dikenakan terhadap saya semasa kerajaan 22 bulan berkuasa.
“Seperti sering saya nyatakan diri ini amat yakin akan dibebaskan daripada pertuduhan yang sengaja diada-adakan sekiranya mendapat sebuah perbicaraan yang adil.
“Seperti juga saya selalu nyatakan pimpinan UMNO yang berdepan dengan pelbagai tekanan sewaktu lawan politik berkuasa tidak pernah takut berdepan sebarang tindakan kerana beranilah kerana benar
“Saksikan kami tidak pernah lari sebaliknya berjuang untuk membersihkan nama kerana percaya kebenaran akan terserlah jua sekiranya perbicaraan dapat dilangsungkan secara telus dan saksama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Zahid turut memgucapkan terima kasih kepada pasukan guamannya bertungkus lumus dan tidak pernah berputus asa mendapatkan keadilan buat dirinya.
“Terima kasih juga semua yang mendoakan sepanjang perbicaraan ini,” ujarnya.