24 SEPT : Kes baharu jangkitan COVID-19 semalam menurun kepada 2,070 kes, berbanding 2,245 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, kes aktif COVID-19 dalam negara kini 25,717 dan 95.4 peratus atau 24,528 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala sebanyak 1,134 kes dirawat di hospital dengan 33 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak empat kes kematian direkodkan semalam di mana satu daripadanya berlaku di luar fasiliti kesihatan atau brought in dead (BID).