26 SEPT : Sebanyak 1,608 kes jangkitan baharu COVID-19 direkodkan semalam, sedikit menurun berbanding 1,924 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, kes aktif COVID-19 dalam negara kini 24,532 dengan 23,336 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 1,142 kes dirawat di hospital dengan 29 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 2,352 kes sembuh.
Manakala sebanyak dua kes kematian dicatat semalam di mana tiada kes berlaku di luar fasiliti kesihatan atau brought in dead (BID).