nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ismail Sabri dapat injunksi sementara terhadap Lokman Adam

26 SEPT : Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mendapatkan injunksi sementara terhadap Datuk Lokman Noor Adam dalam saman berhubung dakwaan kenyataan berunsur fitnah menerusi media sosialnya.

Menurut peguam Ismail Sabri, Ragunath Kesavan, Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan injunksi sementara itu sehingga mahkamah mendengar dan memutuskan permohonan injunksi ‘inter-parte’ (kedua-dua pihak) pada 29 Nov ini.

“Mahkamah mengarahkan defendan (Lokman) dan plaintif (Ismail Sabri) memfailkan afidavit balas masing-masing pada 11 pada 25 Okt. Kedua-dua pihak juga perlu memfailkan hujahan bertulis sebelum 8 Nov manakala hujahan balas sebelum 22 Nov,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas prosiding secara maya hari ini.

Pada 12 Sept lalu, Ismail Sabri memperoleh perintah injunksi sementara daripada Mahkamah Tinggi supaya Lokman dengan serta-merta memadamkan kesemua video yang didakwa memfitnah perdana menteri di akaun media sosial.

Mahkamah mengeluarkan perintah injunksi memaksa defendan mengeluarkan video bertajuk “Bila Presiden UMNO Panggil Tak Datang! Tapi PM Ada Masa Jumpa Mahathir – Lokman Adam”, yang dimuat naik di akaun Youtube, Facebook, Instagram dam TikTok milik defendan.

Mahkamah juga mengeluarkan perintah injunksi untuk menghalang Lokman, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, sama ada secara sendiri, ejen-ejennya daripada membuat kenyataan yang serupa di media sosial atau apa-apa laman web lain milik defendan.

Ismail Sabri, 62, yang juga Naib Presiden UMNO, selaku plaintif memfailkan saman itu atas kapasiti peribadinya menerusi Tetuan Kesavan pada 8 Sept lalu dengan menamakan Lokman, 49, sebagai defendan.

Beliau berkata kenyataan berniat jahat, fitnah dan tidak benar berkenaan plaintif dimuat naik menerusi empat akaun media sosial milik defendan iaitu YouTube “Lokman Adam”, Facebook “Lokman Noor Adam Official”, Instagram “lokmannooradam” dan TikTok “datoklokmanadam”.

Menurutnya, kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud plaintif telah berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan merancang atau berniat untuk merancang dengan bekas perdana menteri itu serta parti-parti politik lain yang bertentangan dengan UMNO untuk kekal sebagai perdana menteri dengan membelakangkan dan mengkhianati parti itu.

Ismail Sabri berkata beliau tidak pernah berjumpa Dr Mahathir dan parti-parti lain dengan membelakangkan atau mengkhianati UMNO untuk terus kekal sebagai perdana menteri.

Pada 1 Sept lalu, Lokman men gaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua tuduhan membuat hantaran jelik terhadap kerajaan dan Ismail Sabri.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.