26 SEPT : Tujuh maut manakala seorang lagi cedera parah dalam satu kebakaran di sebuah pusat beli-belah di pusat bandar Daejeon, Korea Selatan kira-kira jam 7.45 pagi waktu tempatan.
Kebakaran yang berlaku di kawasan pengendalian kargo di tingkat pertama bawah tanah tempat letak kereta di sebuah kedai di Daejeon, kira-kira 160 kilometer (km) ke selatan Seoul itu menyebabkan lebih 100 orang, kebanyakannya berada di bangunan berhampiran, dipindahkan.
Tiada pelanggan berada di sekitar kedai kerana kebakaran berlaku sebelum waktu perniagaan.
Bomba mengerahkan lebih 120 anggota dan pelbagai peralatan memadam kebakaran ke lokasi kejadian, namun berdepan kesukaran dalam operasi mencari kerana asap tebal berpunca daripada kotak kadbod yang terbakar di kawasan pengendalian kargo.
Api hanya dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 3.02 petang waktu tempatan.