27 SEPT : Indonesia menyerahkan bantuan kewangan AS$1 juta serta barang keperluan asas untuk meringankan beban masyarakat yang terkesan akibat bencana di Pakistan.
Presiden Joko Widodo (Jokowi) melepaskan bantuan kemanusiaan untuk korban bencana banjir dan tanah runtuh di Pakistan di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, di Jakarta hari ini.
Jokowi berharap bantuan itu dapat percepat usaha pemulihan pasca bencana sehingga aktiviti masyarakat kembali normal.
“Saya juga sedang menyiapkan bantuan berupa tenaga kesihatan yang nantinya segera dihantar untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada warga Pakistan yang terkesan,” katanya.
Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa korban bencana yang terjadi.