27 SEPT : Kes jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus mencatat penurunan kepada 1,186 kes semalam berbanding 1,608 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, kes aktif COVID-19 dalam negara kini 24,021 dengan 22,874 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Sebanyak tujuh kes kematian dicatat semalam di mana tiada kes berlaku di luar fasiliti kesihatan atau brought in dead (BID) manakala 1,094 kes dirawat di hospital dengan 35 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.