28 SEPT : Seramai 17 orang maut manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran restoran di Changchun, wilayah Jilin di timur laut China, menurut pihak berkuasa tempatan pada Rabu.
Pasukan bomba menerima laporan mengenai insiden yang berlaku di zon pembangunan industri berteknologi tinggi Changchun pada 12.40 tengah hari waktu tempatan.
Kerja-kerja mencari dan menyelamat dihentikan pada 3 petang dan mangsa yang cedera kini dirawat di hospital dan punca kejadian sedang disiasat.