28 SEPT : Jepun hari ini mendakwa China menghantar tiga kapal Pengawal Pantai China memasuki perairan wilayah negara itu berhampiran Kepulauan Senkaku di Laut China Timur di sekitar rantaian pulau yang dipertikai.
Pegawai Pengawal Pantai Jepun, berkata, ia adalah pencerobohan ke-27 kapal China yang dikesan di perairan wilayah Jepun di luar pulau itu tahun ini.
Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihiko Isozaki, Tokyo menyifatkan dakwaan pencerobohan itu sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan menyifatkannya ‘sesuatu yang amat dikesali dan tidak boleh diterima sama sekali’,” menurut Agensi Berita Kyodo.
Tokyo juga membuat bantahan terhadap Beijing berhubung pelanggaran undang-undang antarabangsa, kata Yoshihiko kepada pemberita.
Pengawal Pantai Jepun berkata, ia melihat kapal-kapal China berhampiran pulau kecil di Laut China Timur sejak dua minggu lalu.