28 SEPT : Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman telah dinamakan sebagai Perdana Menteri negara itu yang baharu, sebahagian daripada rombakan kabinet, yang telah diperkenan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud pada Selasa, menerusi pengumuman oleh TV Al Ekhbariya.
Mohammed sebelum ini merupakan Timbalan Perdana Menteri.
Selain Mohammed, Timbalan Menteri Pertahanan yang juga seorang lagi anak Raja Salman, iaitu Putera Khalid, telah dinamakan sebagai Menteri Pertahanan, mengambil alih portfolio yang sebelum ini disandang abangnya.
Rombakan kabinet turut melihat Putera Mansour bin Mutaib bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Abdulaziz bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, masing-masing kekal sebagai sebagai Menteri Dalam Negeri dan Menteri Tenaga.