nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Taufan Noru badai pantai tengah Vietnam

28 SEPT : Bahagian pantai tengah Vietnam dibadai Taufan Noru dengan angin sangat kencang dan hujan lebat, awal pagi tadi, menyaksikan ratusan ribu penduduk bergegas mendapatkan perlindungan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Di Danang yang juga bandar ketiga terbesar negara ini, bangunan tinggi bergegar akibat deruan ribut kuat yang turut mengakibatkan pokok tumbang dan bumbung tercabut daripada rumah di serata wilayah tengah. Selain itu, bekalan elektrik turut dilaporkan terputus pada skala besar.

“Kedudukan pusat taufan itu pada jam 4 pagi 28 September (hari ini) ialah antara Danang dengan Quang Nam,” menurut Pusat Ramalan Hidrometeorologi Nasional sambil memaklumkan angin kencang mencatat kelajuan antara 103 hingga 117 kilometer sejam.

Lebih 200,000 penduduk di Vietnam segera berlindung di PPS selepas agensi ramalan cuaca memberi amaran taufan berkenaan dijangkakan antara yang terbesar melanda negara Asia Tenggara itu.

Meskipun kadar kelajuan angin kencang didapati lebih perlahan daripada jangkaan awal, hujan lebat diramalkan berterusan dengan risiko berlaku kejadian tanah runtuh dan banjir besar.

Kementerian Pertahanan mengerahkan kira-kira 40,000 tentera serta 200,000 anggota militia yang dilengkapi dengan kenderaan berperisai dan bot untuk persediaan melakukan operasi menyelamat serta memberi bantuan, lapor media negara ini.

Hampir separuh daripada lapangan terbang di Vietnam ditutup, begitu juga sekolah dan pejabat di beberapa wilayah tengah termasuk Danang, manakala penduduk bergegas mengikhtiarkan usaha memastikan keselamatan kediaman mereka, semalam.

Seksyen tengah lebuh raya yang menghubungkan Hanoi di utara dengan Bandar Ho Chi Minh di selatan turut ditutup.

Pihak berkuasa memaklumkan setakat lewat malam tadi, mereka telah memindahkan hampir 260,000 penduduk, termasuk yang mendiami bandar pelancongan popular Hoi An dengan ditempatkan di sebuah sekolah rendah.

Kira-kira 300 rumah di wilayah Quang Tri dilaporkan mengalami kerosakan dengan bumbung tercabut diterbangkan angin yang semakin kencang, lewat malam tadi, manakala di Hue pula banyak pokok tumbang.

Di Danang, semua kedai serta hotel ditutup, dan penduduk dilarang berada di jalanan atas faktor keselamatan.

Terdahulu, Taufan Noru yang ‘super’ membadai Filipina sehingga mengorbankan enam mangsa. Ia melanda Pulau Luzon di Filipina pada Ahad dan Isnin lalu yang menyebabkan pokok tumbang, bekalan elektrik terputus serta banjir.

Lima anggota penyelamat terkorban ketika membantu mangsa banjir, manakala seorang lelaki dilaporkan maut dalam insiden tanah runtuh. Bencana itu turut memusnahkan tanaman yang dianggarkan bernilai kira-kira AS$2.4 juta. – AFP

Get real time updates directly on you device, subscribe now.