29 SEPT : Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara semalam menunjukkan peningkatan kepada 2,445 kes berbanding 1,552 kes pada hari sebelumnya.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 24,713 dengan 23,567 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 1,105 kes dirawat di hospital dengan 22 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak dua kes kematian pula dicatat semalam di mana tiada kes berlaku di luar fasiliti kesihatan atau brought in dead (BID) selain mencatatkan sebanyak 1,684 kes sembuh.