SEOUL: Syarikat penerbangan terbesar Korea Selatan, Korean Air memaklumkan berlaku insiden kemalangan kecil yang melibatkan pesawatnya dan pesawat Icelandair di lapangan terbang London Heathrow hari ini, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.
Insiden itu berlaku ketika pesawat Korean Air B777-300ER berlepas dari lapangan terbang Heathrow.
“Kejadian berlaku ketika pesawat Korean Air KE908 bergerak ke landasan, sayap kiri pesawat itu berlanggar dengan ekor pesawat Icelandair FI454,” kata wakil Korean Air.
Pihak berkuasa penerbangan Britain kini sedang meneliti punca kejadian dan kerosakan pada pesawat.
Korean Air turut menghantar pesawat alternatif pada 9:30 pagi tadi untuk para penumpang terjejas meneruskan perjalanan ke destinasi.