30 SEPT : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menafikan dakwaan berhubung penahanan Datuk Bandar Shah Alam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap tender projek tebatan banjir dan dibebaskan dengan jaminan RM5O, 000 oleh seorang penjamin.
MBSA dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Datuk Bandar Shah Alam hanya dipanggil untuk membantu siasatan oleh pihak SPRM pada petang Rabu (28 September).
“Datuk Bandar Shah Alam telah kembali melaksanakan kerja seperti biasa di pejabatnya pada semalam.
“Pihak MBSA juga ingin menegaskan bahawa akan sentiasa sedia memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu melengkapkan siasatan dengan pihak SPRM,” kata kenyataan itu.