nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PAS sambut baik usaha pulihkan Muafakat Nasional

3 OKT : PAS menyambut baik kenyataan  Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menzahirkan keterbukaan UMNO dan PAS bagi memulihkan Agenda Penyatuan Ummah berikutan pertemuan empat mata di antara Presiden UMNO dan PAS pada 17 September lalu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PAS mengulangi komitmen untuk bersama dalam segala usaha ke arah mencapai hasrat penyatuan ummah terutamanya di kalangan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam berteraskan Ayat 10 Surah al-Hujurat yang menekankan soal ‘perdamaian’ di antara orang-orang Islam yang bertelagah dalam sesuatu urusan mereka.

“Dalam hal ini, PAS turut menekankan soal penyelesaian sesuatu perkara perlu dirujuk kepada sumber Agama Islam iaitu Al-Qur’an dan Al-Hadith sebagaimana dalam Ayat 59 Surat An-Nisa’ yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”.

“Sesungguhnya perkara di atas juga terkandung secara jelas dan tersurat di dalam Piagam Muafakat Nasional yang telah dimeterai pada 14 September 2019 yang lalu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Sehubungan dengan itu, beliau menegaskan bahawa PAS tetap mengharapkan jalinan penyatuan ummah yang sejati dapat direalisasikan di antara parti-parti utama Melayu Islam di negara ini, dengan mengambil roh dan semangat persaudaraan Islam seperti yang ditunjukkan dalam sirah iaitu antara Ansar dan Muhajirin, yang akhirnya membawa kepada kekuatan dan kegemilangan pemerintahan berteraskan Islam.

“PAS dengan ini mengambil sikap mengkaji secara mendalam keterbukaan UMNO dalam hal ini dan akan membuat keputusan muktamad sebelum hujung minggu ini dengan mengambil kira aspek maslahah yang lebih besar serta mudhorat (risiko) yang paling ringan,” katanya lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.