5 OKT : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima sembah menghadap Speaker Parlimen Turkiye Prof Dr Mustafa Sentop di Istana Negara hari ini.
Sentop bersama delegasinya yang tiba pada kira-kira pukul 10.45 pagi disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Turut hadir Duta Turkiye di Malaysia Emir Salim Yuksel; Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali; Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee.
Sesi sembah menghadap yang berlangsung hampir setengah jam itu adalah sebahagian daripada program sempena lawatan rasmi Sentop ke Malaysia selama tiga bermula Isnin.
Terdahulu, Sentop serta delegasinya mengadakan lawatan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) di Gombak.