5 OKT : Kes jangkitan baharu COVID-19 semalam meningkat kepada 1,483 berbanding 1,244 kes pada hari sebelumnya.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 22,957 manakala 21,958 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Sebanyak 957 kes dirawat di hospital dengan 23 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Lima kes kematian pula dicatat semalam di mana satu daripada kes tersebut berlaku di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought-in-dead’ (BID)
Negara juga mencatatkan 1,852 kes sembuh