5 OKT : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara yang menolak permintaannya untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat dengan menamakan kerajaan, Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara sebagai responden.
Dalam permohonannya, Ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah untuk membatalkan keputusan responden ketiga (Komisioner Jeneral Penjara) yang tidak membenarkannya mengakses kepada pegawai/pembantunya bagi tujuan kerja-kerja Parlimen, perundangan dan konstituen.
Najib juga memohon perintah untuk mengetepikan keputusan responden ketiga itu yang tidak membenarkannya menghadiri Parlimen pada tarikh persidangan yang dijadualkan
Beliau memohon pengisytiharan bahawa beliau berhak mendapat akses kepada pegawai/pembantunya bagi tujuan kerja {arlimen, perundangan dan konstituen serta memohon perintah mandamus kepada responden supaya mengambil segala langkah yang perlu bagi membolehkannya mendapat akses yang munasabah kepada pegawainya/pembantu bagi tujuan tersebut.