5 OKT : PAS akan membuat ketetapan untuk memilih rakan atau lawan politik Sabtu ini selepas mesyuarat pucuk pimpinan parti diadakan, kata Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad.
Menurutnya, mesyuarat itu juga akan turut membincang dan membuat ketetapan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri bawah kekuasaan parti itu.
“Mesyuarat sama juga akan membincangkan ketetapan untuk bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.
“Kenyataan berhubung perkara itu akan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pra pelancaran Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-62 Tahun 1444H/ 2022M. bagi mengulas gesaan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar Pas segera membuat pilihan jika mahu bersama parti itu menerusi Muafakat Nasional (MN) bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).