5 OKT : Kebanyakan negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, diramal mengalami hujan dan ribut petir mulai hari ini sehingga Jumaat.
Berdasarkan jadual ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikongsi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini, beberapa tempat di Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak akan dilanda ribut petir serta hujan pagi ini.
Pada sebelah petang, cuaca sama diramal berlaku di beberapa tempat di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor, Putrajaya, Johor, Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah.
Di sebelah malam pula, ribut petir dijangka di beberapa tempat di Labuan. Kebanyakan negeri diramal hujan membabitkan beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Putrajaya, Sarawak serta Sabah.
Pada keesokan hari, cuaca pada sebelah pagi di beberapa negeri diramal hujan merangkumi beberapa kawasan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor termasuk Sarawak dan Sabah.
Bagaimanapun, cuaca sebelah petang diramal akan dilanda ribut petir membabitikan beberapa kawasan Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
Cuaca pada waktu malam, MetMalaysia meramalkan ribut petir akan berlarutan di beberapa negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Labuan. Kebanyakan negeri lain akan hujan tetapi hanya di beberapa tempat.
Pada Jumaat ini, sebelah pagi akan hujan di sebahagian besar negeri seluruh negara membabitkansatu dua tempat di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri, Sembilan dan Sabah.
Petang pula, ribut petir akan kembali melanda beberapa tempat di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
Ribut petir dan hujan dijangka akan berlarutan sehingga malam membabitkan kebanyakan negeri.