Bursa Malaysia ditutup tidak berubah
6 OKT : Bursa Malaysia ditutup tidak berubah hari ini berikutan penjualan pada saat akhir menjelang pembentangan Bajet 2023 esok, kata penganalisis.
Pada 5 petang, indeks petunjuk pasaran turun 0.12 mata atau 0.01 peratus kepada 1,420.43 daripada 1,420.55 pada Rabu.
Ia dibuka meningkat 4.2 mata kepada 1,424.75 dan bergerak sehingga 1,428.13 pada pertengahan pagi.
Bagaimanapun, suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 435 berbanding 328, manakala 427 kaunter tidak berubah, 1,157 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 2.25 bilion unit bernilai RM1.59 bilion.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata FBM KLCI ditutup dalam wilayah negatif berikutan aktiviti pengambilan untung pada saat akhir sesi dagangan.
Di peringkat serantau, indeks utama ditutup lebih tinggi berikutan pelabur terus memilih saham-saham terjejas pada harga murah kerana penjualan yang buruk sejak pertengahan September.
“Meskipun sentimen pasaran serantau bertambah baik, kami memilih untuk kekal berwaspada kerana berpendapat ketidaktentuan pasaran akan meningkat pada masa akan datang, sekali gus menjangkakan pasaran tempatan akan mengalami lebih banyak rintangan walaupun indeks petunjuk pasaran dalam kedudukan terlebih jual,” katanya kepada Bernama.
Pak Leng menjangkakan FBM KLCI akan diniagakan dalam jajaran kecil dan bergerak dalam lingkungan 1,410-1,430 menjelang akhir minggu ini.
Dari sudut teknikal, paras rintangan serta-merta adalah pada 1,430 mata, diikuti 1,460, manakala paras sokongan pada 1,400, diikuti 1,380.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun tiga sen kepada RM8.67, Petronas Chemicals susut satu sen kepada RM8.64, IHH Healthcare merosot empat sen kepada RM5.81, manakala Public Bank dan CIMB masing-masing tidak berubah pada RM4.25 dan RM5.26.
Bagi saham aktif, Cosmos Technology International yang mula disenaraikan di Pasaran ACE meningkat 21 sen kepada 56 sen, Top Glove menokok 3.5 sen kepada 67.5 sen, MY E.G. naik tiga sen kepada 90.5 sen, MMAG Holdings tidak berubah pada 2.5 sen dan TWL Holdings susut setengah sen kepada empat sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 14.14 mata kepada 10,133.59, FBM 70 meraih 73.25 mata kepada 12,308.87 dan Indeks FBMT 100 naik 13.31 mata kepada 9,886.00.
Sementara itu, Indeks FBM Emas Syariah bertambah 27.22 mata kepada 10,197.13, manakala FBM ACE meningkat 9.39 mata kepada 4,743.66.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga bertambah 4.20 mata kepada 698.30 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.77 mata kepada 174.72.
Indeks Perladangan susut 32.92 mata kepada 6,562.14 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan rendah 5.08 mata kepada 16,121.02.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 1.38 bilion saham bernilai RM1.31 bilion berbanding 1.47 bilion saham bernilai RM1.43 bilion pada Rabu.
Jumlah dagangan waran merosot kepada 161.61 juta unit bernilai RM28.11 juta daripada 346.67 juta unit bernilai RM59.66 juta sebelum ini.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 706.76 juta saham bernilai RM252.64 juta daripada 1.41 bilion saham bernilai RM228.56 juta semalam.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 197.35 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (313.84 juta), pembinaan (38.25 juta), teknologi (175.23 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (60.44 juta), hartanah (156.09 juta), perladangan (18.49 juta), REIT (5.89 juta), dana tertutup (23,000), tenaga (177.18 juta), penjagaan kesihatan (182.99 juta), telekomunikasi dan media (27.38 juta), pengangkutan dan logistik (15.98 juta) dan utiliti (10.66 juta).
-BERNAMA
6 OKT : Bursa Malaysia ditutup tidak berubah hari ini berikutan penjualan pada saat akhir menjelang pembentangan Bajet 2023 esok, kata penganalisis.
Pada 5 petang, indeks petunjuk pasaran turun 0.12 mata atau 0.01 peratus kepada 1,420.43 daripada 1,420.55 pada Rabu.
Ia dibuka meningkat 4.2 mata kepada 1,424.75 dan bergerak sehingga 1,428.13 pada pertengahan pagi.
Bagaimanapun, suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 435 berbanding 328, manakala 427 kaunter tidak berubah, 1,157 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 2.25 bilion unit bernilai RM1.59 bilion.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata FBM KLCI ditutup dalam wilayah negatif berikutan aktiviti pengambilan untung pada saat akhir sesi dagangan.
Di peringkat serantau, indeks utama ditutup lebih tinggi berikutan pelabur terus memilih saham-saham terjejas pada harga murah kerana penjualan yang buruk sejak pertengahan September.
“Meskipun sentimen pasaran serantau bertambah baik, kami memilih untuk kekal berwaspada kerana berpendapat ketidaktentuan pasaran akan meningkat pada masa akan datang, sekali gus menjangkakan pasaran tempatan akan mengalami lebih banyak rintangan walaupun indeks petunjuk pasaran dalam kedudukan terlebih jual,” katanya kepada Bernama.
Pak Leng menjangkakan FBM KLCI akan diniagakan dalam jajaran kecil dan bergerak dalam lingkungan 1,410-1,430 menjelang akhir minggu ini.
Dari sudut teknikal, paras rintangan serta-merta adalah pada 1,430 mata, diikuti 1,460, manakala paras sokongan pada 1,400, diikuti 1,380.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun tiga sen kepada RM8.67, Petronas Chemicals susut satu sen kepada RM8.64, IHH Healthcare merosot empat sen kepada RM5.81, manakala Public Bank dan CIMB masing-masing tidak berubah pada RM4.25 dan RM5.26.
Bagi saham aktif, Cosmos Technology International yang mula disenaraikan di Pasaran ACE meningkat 21 sen kepada 56 sen, Top Glove menokok 3.5 sen kepada 67.5 sen, MY E.G. naik tiga sen kepada 90.5 sen, MMAG Holdings tidak berubah pada 2.5 sen dan TWL Holdings susut setengah sen kepada empat sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 14.14 mata kepada 10,133.59, FBM 70 meraih 73.25 mata kepada 12,308.87 dan Indeks FBMT 100 naik 13.31 mata kepada 9,886.00.
Sementara itu, Indeks FBM Emas Syariah bertambah 27.22 mata kepada 10,197.13, manakala FBM ACE meningkat 9.39 mata kepada 4,743.66.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga bertambah 4.20 mata kepada 698.30 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.77 mata kepada 174.72.
Indeks Perladangan susut 32.92 mata kepada 6,562.14 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan rendah 5.08 mata kepada 16,121.02.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 1.38 bilion saham bernilai RM1.31 bilion berbanding 1.47 bilion saham bernilai RM1.43 bilion pada Rabu.
Jumlah dagangan waran merosot kepada 161.61 juta unit bernilai RM28.11 juta daripada 346.67 juta unit bernilai RM59.66 juta sebelum ini.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 706.76 juta saham bernilai RM252.64 juta daripada 1.41 bilion saham bernilai RM228.56 juta semalam.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 197.35 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (313.84 juta), pembinaan (38.25 juta), teknologi (175.23 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (60.44 juta), hartanah (156.09 juta), perladangan (18.49 juta), REIT (5.89 juta), dana tertutup (23,000), tenaga (177.18 juta), penjagaan kesihatan (182.99 juta), telekomunikasi dan media (27.38 juta), pengangkutan dan logistik (15.98 juta) dan utiliti (10.66 juta). –BERNAMA