6 OKT : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tiba di Kementerian Kewangan hari ini dipercayai bagi melihat persiapan Bajet 2023 yang dijadualkan dibentangkan di Parlimen esok.
Beliau dilihat ke bangunan Perbendaharaan sambil diiringi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abd Aziz.
Khabar angin mengenai pembubaran Parlimen turut menimbulkan persoalan sama ada Bajet 2023 akan dibacakan esok atau selepas kerajaan baharu dibentuk kelak.
Perdana Menteri juga dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini bagi memberi taklimat mengenai bajet serta memohon perkenan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).