nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tuntutan waris Sultan Sulu bersifat peribadi

6 OKT : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan isu tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu bukan melibatkan kedaulatan negara.

Menurutnya tuntutan itu merupakan tuntutan peribadi yang dibuat individu terhadap kerajaan Malaysia.

“Tuntutan ini tidak ada kena mengena dengan soal kedaulatan negara. Tuntutan ini adalah tuntutan peribadi kepada negara Malaysia sebagai menuntut sewaan jajahan Sabah itu dahulu bukan tuntutan yang ada kaitan dengan kedaulatan Sabah itu sendiri.

“Walaupun kita mengetahui, kita pantau reaksi pihak-pihak politik di Filipina sekarang ini kerana tuntutan ini memang tidak pernah digugurkan oleh pihak Filipina sebenarnya. Ketika zaman (Fidel) Ramos nak digugurkan, pun tidak jadi digugurkan. Dikekalkan di situ sebagai isu politik,” katanya kepada Dewan Rakyat, hari ini.

Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin yang menyentuh soal ahli politik Filipina menyuarakan sokongan terhadap tuntutan itu di persidangan dewan mereka dan tindakan Wisma Putra terhadap perkara itu.

Pada 28 Februari lalu, agensi berita Sepanyol melaporkan penimbang tara, Dr Gondoza Stampa mengarahkan Malaysia membayar pampasan berjumlah AS$14.92 bilion kepada pihak yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu.
Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata pihak Wisma Putra maklum terhadap perkara itu dan menganggap tindakan ahli politik Filipina sebagai menangguk di air yang keruh.

“Setakat ini Wisma Putra sudah mendapat maklum bahawa ada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh senator-senator dan ahli-ahli politik di Filipina di sana dan apabila kerajaan Filipina respons terhadap kehendak ahli politik, barulah Wisma Putra ambil tindakan.

“Setakat ini sebagai suara-suara yang tidak betul disuarakan oleh ahli politik mereka di sana. Menangguk di air keruh ini,” katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan tidak boleh mendedahkan kepada umum segala strategi dan perancangan bagi menangani isu tersebut.
“Kerajaan melalui jawatankuasa khas telah memainkan peranan yang proaktif. Saya memberi jaminan setiap perkara yang berlaku kita teliti dan kita lihat.

“Tetapi dalam keadaan sekarang ini kita tidak boleh memberi penjelasan setiap strategi dan tindakan kita kepada pihak umum supaya tindakan-tindakan kita itu tidak diketahui oleh pihak lawan,” katanya.

Tambahnya, kerajaan juga menubuhkan sebuah lagi jawatankuasa di bawah jawatankuasa sedia ada yang memfokus kepada sudut komunikasi di luar negara.

“Melihat naratif yang dikeluarkan oleh pihak lawan di luar negara maka kita telah bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa lagi di bawah jawatankuasa ini untuk menangani masalah komunikasi.

“Jawatankuasa ini masih mencari pihak-pihak komunikasi luar negara yang boleh membantu kita. Sebabnya saya ingin jelaskan satu perkara, walaupun banyak pihak media di luar negara yang boleh kita guna pakai tapi kita kena selidik dulu menerusi laporan risikan pelbagai agensi kita untuk tahu latar belakang setiap badan yang kita nak guna pakai supaya kita tidak dikompromi oleh pihak-pihak ini nanti.

“Itu sebab kita jarang dedah kepada umum. Walau bagaimana pun kita akan dedahkan nanti apabila semua perkara ini sudah ditempatnya,” katanya. – Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.