7 OKT : Amerika Syarikat hari ini berkata, ia telah mengenakan sekatan terhadap kumpulan Malaysia, menuduhnya terbabit dalam ‘pemerdagangan kejam hidupan liar yang terancam serta produk pemburuan haram’.
Jabatan Perbendaharaan dalam satu kenyataan berkata, ia telah mengenakan sekatan terhadap rakyat Malaysia Teo Boon Ching, Pertubuhan Jenayah Transnasional Pemerdagangan Hidupan Liar Teo Boon Ching dan syarikat Malaysia, Sunrise Greenland.
Teo Boon Ching merupakan pakar dalam pengangkutan tanduk badak, gading dan tenggiling dari Afrika.
Ia menggunakan laluan melalui Malaysia dan Laos untuk perkhidmatan kepada pelanggan di Vietnam dan China.