7 OKT : Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM305 juta bantuan pembiayaan kepada anak muda sebagai penggalak kepada golongan itu menceburi bidang perniagaan di bawah Bajet 2023.
Pembiayaan tersebut boleh itu dimohon melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank.
Antaranya Skim Penjaja Muda Keluarga Malaysia di bawah BSN yang menyediakan bantuan pembiayaan sehingga RM50,000 untuk 10,000 anak muda bagi mereka menjana pendapatan sendiri seperti mengusahakan trak makanan.