7 OKT : Kerajaan memperuntukkan lebih RM10 bilion pada 2023 membabitkan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) terhadap golongan miskin dan B40 menerusi Bajet 2023.
Sebanyak RM1 bilion turut diperuntukkan bagi Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM).
Bantuan itu dijangka mampu memanfaatkan lebih 50,000 isi rumah miskin tegar yang ingin meningkatkan pendapatan mereka melalui keusahawan dan pertanian.
BMTKM mula diperkenalkan tahun ini dengan peruntukan RM150 juta, namun bagi menyegerakan agenda membasmi kemiskinan tegar, sebanyak RM1 bilion disediakan.
Ia membabitkan peruntukan RM750,000 dan RM250,000 melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).