11 OKT : Sultan Selangor, Sultan Sultan Sharafuddin ldris Shah Alhaj memperkenankan kerajaan Selangor sedia ada untuk meneruskan pentadbiran dengan memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat di negeri itu.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan hari ini berkata, Baginda menitahkan perkara itu ketika menghadap Sultan Salahuddin Istana Bukit Kayangan, Shah Alam dalam sesi menghadap berjadual.
“Saya telah menyembah maklum komitmen dan persiapan Kerajaan Negeri dalam
mendepani kemungkinan situasi banjir di Selangor dan usaha pemulihan ekonomi serta bantuan kebajikan.
“Ini termasuk persiapan Belanjawan Selangor 2023 yang akan dibentangkan dalam sesi Dewan Negeri Selangor pada tahun ini.
“Tuanku berkenan agar pentadbiran ini diteruskan supaya dapat memfokuskan usaha menjamin kesejahteraan rakyat Selangor,” katanya dalam kenyataan tersebut.