12 OKT : Harga runcit petrol untuk semua jenis produk petroleum tidak berubah bagi tempoh 13 Oktober hingga 19 Oktober ini.
Kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) hari ini, berkata harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.95 seliter, RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.
Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak sebenar di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan.
Harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – BERNAMA