12 OKT : Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu, disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM47.27 bilion dalam sistem konvensional dan RM28.41 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, bank pusat akan menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada tender RM2 bilion bagi tujuh hari dan dua tender RM1 bilion, setiap satu untuk 14 hari dan 33 hari.
BNM juga melaksanakan tender Program Komoditi Murabahah (CMP) RM100 juta bagi 30 hari dan tender repo berbalik RM200 juta untuk 33 hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula, serta Komoditi Murabahah Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM42.5 bilion dan tender semalaman Murabahah RM27.3 bilion.- BERNAMA