12 OKT : Sebuah pesawat MIG-29K milik Tentera Laut India terhempas di Goa pada Rabu.
Ia merupakan kemalangan keempat yang melibatkan MiG-29K sejak 2019.
Pesawat itu sedang melakukan penerbangan rutin di kawasan laut apabila mengalami masalah teknikal semasa kembali ke pangkalannya, kata tentera laut dalam satu kenyataan.
Juruterbang berjaya keluar daripada pesawat dan ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Siasatan untuk mencari punca kejadian sedang dijalankan, menurut tentera laut.