13 OKT : Beberapa orang anggota tentera terbunuh dalam letupan yang menyasarkan sebuah bas tentera yang mengangkut mereka di kawasan luar bandar pada Khamis.
Pemantau Hak Asasi Syria, badan pemantau perang yang berpangkalan di Britain, berkata 17 anggota terbunuh dalam letupan itu dan menambah angka kematian mungkin meningkat memandangkan ramai anggota tentera yang cedera parah.
Bagaimanapun setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu.