13 OKT : PAS telah memutuskan untuk kekal menjalinkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) ini.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini memutuskan perkara tersebut di atas prinsip penyatuan ummah.
“PAS juga mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu, dan Kedah.
“Selain itu, PAS juga telah memuktamadkan perbincangan kerusi-kerusi di negeri dengan Perikatan Nasional,” katanya.
Kata Abdul Hadi lagi, semua senarai calon daripada negeri juga perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama.