13 OKT : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Keputusan PAS Pusat untuk terus bersama dengan Perikatan Nasional bagi menghadapi PRU-15 sudah dijangkakan.
Menurut Ahmad Zahid dalam satu kenyataan hari ini, hakikatnya, UMNO tidak pernah menutup pintu kepada sebarang usaha murni ke arah penyatuan ummah yang berteraskan nilai keikhlasan dan kejujuran.
“UMNO bersama Barisan Nasional (BN) akan terus bergerak solo dengan mengekalkan imej parti yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan dan mampu menawarkan kestabilan serta kemakmuran kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama dalam Negara ini,” katanya lagi.