nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

China cecah kadar inflasi pengguna tertinggi dalam tempoh dua tahun

14 OKT : China mencecah kadar inflasi pengguna paras tertinggi dalam tempoh dua tahun  September lalu berikutan didorong kenaikan harga daging babi dan cuaca ekstrem melanda petani.

Pengguna di China sebahagian besarnya terhindar daripada kesan lonjakan global dalam kos makanan dan tenaga susulan pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Bagaimanapun, data rasmi hari ini menunjukkan, indeks harga pengguna (CPI) negara yang juga pengukur utama bagi inflasi runcit, dikesan mencecah 2.8 peratus pada bulan lalu, meningkat daripada 2.5 peratus pada Ogos.

Bacaan itu adalah yang tertinggi sejak April 2020, ketika negara cuba bangkit daripada gelombang pertama penutupan COVID-19.

Ia juga berpunca dari suhu melebihi 40 darjah Celsius selama beberapa minggu yang menyebabkan kemarau pada Ogos.

Pegawai statistik kanan NBS, Dong Lijuan, dalam satu kenyataan, berkata harga sayur-sayuran segar meningkat 6.5 peratus tahun ini, kesan akibat suhu tinggi dan taburan hujan yang rendah.

Menurut NBS, harga daging babi melonjak 36 peratus. “Dengan jangkaan meningkat, sesetengah penternak babi enggan menjual dan harga terus meningkat,” kata Dong.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, pihak berkuasa China berulang kali campur tangan dalam rizab daging babi kerana harga yang melambung tinggi sekali gus mencetuskan kebimbangan inflasi.

Sementara itu, inflasi harga ‘ factory-gate’ negara itu juga turun kepada 0.9 peratus, terendah dalam tempoh lebih setahun, berikutan kejatuhan harga bahan mentah.

Mengikut data rasmi, angka itu turun susulan kenaikan 2.3 peratus pada Ogos dan terendah sejak Januari 2021.

“Pada September, harga antarabangsa minyak mentah dan komoditi pukal lain terus menurun,” kata Dong.

Penganalisis yang ditemubual Bloomberg juga menjangkakan harga pengguna meningkat sebanyak 2.9 peratus manakala harga pengeluar sebanyak satu peratus.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.