14 OKT : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru perwakilan UMNO Bahagian di seluruh negara yang mula bersidang hari ini menjadikan persidangan ini sebagai wadah bagi memperkukuhkan parti.
Kata Ismail Sabri yang juga merupakan Naib Presiden UMNO, gunakan persidangan ini sebagai sebuah wadah murni bagi memperkukuhkan parti untuk meneruskan khidmat bakti kepada seluruh masyarakat.
“Saya mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO Bahagian-Bahagian di seluruh negara.
“Semoga tekad, usaha dan doa perjuangan kita dapat membuahkan hasil yang memanfaatkan seluruh Keluarga Malaysia,” ujarnya.
Perwakilan UMNO Bahagian mula bersidang hari ini sehingga Ahad di seluruh negara melibatkan 191 bahagian.
Persidangan yang disifatkan sebagai medan terbaik mempersiapkan parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) itu, bertujuan merancang strategi terbaik, menyuarakan saranan konstruktif dan kritikan bagi mengukuhkan gerakan parti secara keseluruhan