14 OKT : Semua perhubungan UMNO negeri telah menghantar senarai calon masing-masing untuk dipertimbangkan bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagaimanapun, tidak semestinya calon yang disenaraikan itu sahaja dinilai oleh pucuk pimpinan parti untuk diketengahkan sebagai calon PRU15.
“Ini pusingan pertama, kita ambil maklum senarai yang dicalonkan. Ibu pejabat akan membuat penilaian calon dan tidak semestinya orang yang disenaraikan itu sahaja akan dinilai.
Bagi parti, kemenangan keutamaan kita. Jika calon itu boleh memberi kemenangan kita akan bagi dia bertanding mewakili parti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Sembilan di sini hari ini.