15 OKT : Ecuador melaporkan 43 lagi kes baharu cacar monyet, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 185 kes.
Kementerian Kesihatan Awam, dalam satu kenyataan, berkata daripada 185 pesakit, 67 sudah dibenarkan keluar dari hospital manakala jumlah kontak rapat kekal 308 orang.
Sebanyak 16 wilayah Ecuador terkesan dengan penularan cacar monyet termasuk Pichincha, Guayas dan Azuay, masing-masing merekodkan 63, 61 dan 19 kes.
Kementerian Kesihatan masih memantau perkembangan kes di negara Amerika Selatan itu dan mengambil langkah membendung serta mengawal jangkitan.
Malah, rakyat Ecuador turut diminta memakai pelitup muka di beberapa lokasi dan segera mendapatkan rawatan di pusat perubatan berhampiran sekiranya terdapat gejala.
Ecuador mengesahkan kes pertama cacar monyet pada 6 Julai lalu, yang dikesan di bandar Guayaquil.